Suami kepada pempengaruh media sosial, Siti Jamumall, tampil memberi penjelasan berhubung isu lafaz cerai yang dibuat secara langsung di media sosial baru-baru ini.

Menurut Aiman, walaupun niatnya adalah untuk menjatuhkan talak dua, terdapat pihak berautoriti yang menyatakan kemungkinan talak tersebut sudah jatuh sebagai talak tiga.

@

♬ –

Video di bawah:
https://www.tiktok.com/@chaatwin32/video/7505966059808132360

Niat Mahu Lafaz Talak 2, Suami Siti Jamumall Akui Menyesal Buat Tindakan Melulu

Beberapa pendakwah termasuk PU Syed serta peguam syarie sebelum ini mempersoalkan kesahihan lafaz berkenaan memandangkan Aiman dilaporkan mengulangi lafaz talak sebanyak tiga kali sewaktu sesi siaran langsung itu.

Menyedari kekeliruan yang timbul, Aiman mengambil pendekatan untuk menyerahkan perkara itu kepada pihak mahkamah syariah bagi menentukan kedudukan sebenar pernikahannya bersama isteri.

“Niat aku talak dua, aku pun satu hal juga ilmu tak ada, haa kahwin lagi. Ilmu tak ada, alif ba ta tak tahu, gagal didik isteri.. kahwin lagi. Punah rumah tangga, ambik kau,” katanya.

Dalam masa sama, Aiman turut menafikan dakwaan kononnya beliau berada di bawah pengaruh bahan terlarang ketika insiden berlaku. Katanya, kejadian itu tercetus sebaik sahaja dia pulang dari tempat kerja dan bukan disebabkan sebarang pengaruh luar.

Tambah Aiman lagi, kegagalan dalam perkahwinan banyak berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, termasuk tidak cukup ilmu sebagai seorang suami.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Aiman melafazkan cerai terhadap Siti Jamumall ketika siaran langsung di media sosial. Ini merupakan kali kedua pasangan tersebut bercerai, selepas insiden terdahulu pada 6 Mei lalu yang disusuli dengan rujuk tidak sampai 24 jam kemudian.

Kredit: TikTok chaatwin32

 

 

[fbcomments]