Sikap tangkas dan prihatin seorang jemaah wanita dari Indonesia mendapat pujian ramai selepas tular tindakannya membantu seorang lelaki warga emas yang mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

Video di bawah:

https://x.com/neveral0nely/status/1930087918435217500?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Jemaah Wanita Indonesia Dipuji, Tampil Bantu Lelaki Diserang Sakit Jantung Ketika Tunai Haji

Insiden yang dirakam dan dikongsikan di media sosial sejak Khamis menunjukkan lelaki berkenaan, dipercayai berasal dari Lebanon, duduk bersandar dalam keadaan lemah sambil menahan kesakitan.

Tanpa berlengah, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Rachmawaty Ahmadi segera menghampiri mangsa sebelum memberikan bantuan awal, termasuk melakukan urutan di lengan dan tangan lelaki itu bagi membantu melancarkan aliran darah.

Menurut Rachmawaty, tindakan itu diambil selepas melihat keadaan mangsa yang kelihatan tenat dan memerlukan bantuan segera.

“Saya lihat dia kesakitan dan menangis. Dengan lafaz Bismillah, saya cuba bantu berdasarkan apa yang saya pernah pelajari. Alhamdulillah, keadaannya kembali stabil dan dia dapat meneruskan solat,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Situasi cemas itu turut mendapat perhatian jemaah lain yang bertindak memberikan air minuman kepada mangsa bagi membantu memulihkan keadaannya.

Video berdurasi 1 minit 30 saat itu mendapat reaksi positif daripada warganet yang rata-rata memuji tindakan pantas Rachmawaty yang bertindak secara tenang dan berpengetahuan dalam situasi kecemasan.

Kredit: X neveralonely, Majoriti Official

 

 

 

[fbcomments]