Seorang komposer yang juga ahli kumpulan muzik tempatan ditahan pihak polis selepas disyaki mencederakan jirannya dalam kejadian yang berpunca daripada pertelingkahan berkaitan pintu bilik air di sebuah rumah sewa di Pandan Indah pada Rabu lalu.

Gara-Gara Pintu Bilik Air, Komposer Didakwa Pukul Jiran Guna Pemegang Gitar

Kejadian dipercayai berlaku pada 30 Jun apabila mangsa yang ketika itu sedang tidur terdengar bunyi pintu bilik air dihempas kuat oleh suspek. Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak bertindak menghempas semula pintu tersebut.

Tindakan itu dikatakan mencetuskan kemarahan suspek berusia 46 tahun yang juga menyewa di bilik bersebelahan, sebelum berlaku pertengkaran antara kedua-dua pihak. Keadaan menjadi tegang apabila suspek dipercayai mengambil pemegang gitar dan menyerang mangsa sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian lengan.

Mangsa yang berusia sekitar 50-an kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

“Susulan itu, polis kemudian menahan suspek semalam,” ujar sumber.

Kredit: Harian Metro

 

 

[fbcomments]