Suasana sebuah penerbangan ke Jogjakarta, Indonesia baru-baru ini bertukar meriah apabila penumpang dikejutkan dengan persembahan istimewa daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
@hasbulbrothers Siapa sangka… Dalam flight menuju Jogja, kami terserempak dengan biduanita negara, Dato Sri Siti Nurhaliza @ctdk Kami sangat teruja berpeluang mendengar secara langsung nyanyian istimewa oleh beliau di dalam flight. Yang lebih luar biasa, ICON Hasbul Brothers sendiri sempat berpeluang menyanyi bersama menghiburkan penumpang di samping merakam kenangan bersama. Terima kasih @Siti Nurhaliza hiburkan kami! #hasbulbrothers #sitinurhaliza #tokti #konsert #fyp
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Siti Nurhaliza Kejutkan Penumpang Dengan Persembahan Dalam Pesawat
Rakaman yang tular di TikTok memaparkan penyanyi tersohor itu menyampaikan dua buah lagu popular, Bukan Cinta Biasa dan Menamakanmu Cinta, menerusi sistem interkom pesawat.
Aksi spontan tersebut nyata mencuri perhatian, malah ramai penumpang teruja kerana berpeluang menikmati nyanyian secara langsung sepanjang penerbangan.
Lebih menarik, kehadiran Siti yang memilih untuk menaiki kelas ekonomi juga mendapat pujian ramai, sekali gus menyerlahkan sisi rendah dirinya meskipun berstatus bintang legenda.
![]()
Ruangan komen di media sosial turut dibanjiri dengan pujian terhadap kelunakan vokalnya yang tetap memukau walaupun hanya bergantung pada mikrofon pesawat.
Persembahan singkat itu bukan sahaja menceriakan perjalanan penumpang, bahkan menjadi pengalaman tidak ternilai buat mereka yang secara kebetulan berkongsi penerbangan dengan penyanyi nombor satu negara itu.
![]()
Kredit: TikTok hasbulbrothers