Nama seorang doktor estetika, Dr Wong Lu Yang, kini menjadi perhatian selepas dikaitkan dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit bersama pekerjanya.
![]()
Video di bawah:
https://www.facebook.com/share/v/1Nkqe6MHMk/?mibextid=wwXIfr
Dr Wong Lu Yang Mohon Maaf, Isteri Pilih Maafkan Demi Pertahankan Rumah Tangga
Selepas beberapa hari isu itu tular, Dr Wong tampil memberikan penjelasan melalui satu hantaran video di Facebook. Menurutnya, beliau dan isterinya mula menerima kiriman video serta gambar berkaitan dakwaan tersebut sejak tiga bulan lalu sebelum ia tersebar luas di media sosial.
Bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak mendedahkan identiti pihak yang menghantar bahan berkenaan. Katanya, apa yang lebih penting kini adalah memohon maaf kepada ahli keluarga, rakan-rakan serta orang ramai kerana situasi tersebut telah menimbulkan kebimbangan serta membazirkan banyak masa dan tenaga.
![]()
Dalam video sama, Dr Wong turut berkongsi bahawa isterinya memilih untuk memaafkan serta memberi peluang kedua buatnya demi menyelamatkan rumah tangga mereka. Beliau menegaskan kes itu kini sedang melalui proses undang-undang dan berharap orang ramai dapat menghormati ruang privasi keluarganya, khususnya anak-anak mereka.
“Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada isteri. Saya berharap semua pihak menghormati keputusan pemaafan ini dan tidak mengaitkan anak-anak serta keluarga kami,” katanya.
![]()
Difahamkan, susulan kontroversi itu, Dr Wong telah digantung tugas sebagai Presiden NGO JCI, cawangan Kota Bharu, Kelantan.
Kredit: Facebook Dr Wong Lu Yang