Tindakan berani seorang remaja lelaki berusia 16 tahun memandu kereta tanpa lesen membawa padah apabila dia ditahan selepas aksi kejar-mengejar dengan polis di Jalan Bandar Baru, Kuala Terengganu.
![]()
Remaja 16 Tahun Pandu Kereta Abang Tanpa Kebenaran, Tumpas Selepas Dikejar Polis
Suspek yang menggunakan Proton Wira milik abangnya dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum enggan berhenti walaupun diarahkan. Keadaan menjadi lebih berbahaya apabila remaja itu memecut laju hingga hampir melanggar kenderaan pasukan MPV yang mengejarnya.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail, polis terpaksa melepaskan amaran dengan mengeluarkan senjata api sebelum kenderaan suspek berjaya dihentikan.
![]()
Pemeriksaan lanjut mendapati tiada barang terlarang dijumpai, namun remaja berkenaan disaman kerana memandu tanpa lesen dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Polis turut memanggil bapanya untuk membantu siasatan serta mengingatkan ibu bapa agar lebih peka dalam memantau anak-anak. Insiden tersebut menarik perhatian ramai selepas rakaman video kejadian berdurasi 24 saat tular di media sosial.
Kredit: Sinar Harian