Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril, kembali menjadi perhatian selepas memberi isyarat bahawa rumah tangga mereka menghadapi tekanan sekali lagi.

Hal ini dapat dilihat melalui perkongsian terbaru di Instagram Story miliknya, di mana beliau meluahkan rasa tidak puas hati mengenai beberapa isu berkaitan perkahwinan.

Isteri Faisal Halim Beri Bayangan Rumah Tangga Bergolak Kembali

Dalam catatan itu, Syazwani menegaskan bahawa perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Beliau turut mendedahkan bahawa kehadirannya dalam rumah tangga tidak dihargai, namun enggan mendedahkan secara khusus pihak yang dimaksudkan.

“Perkahwinan bukan satu perjudian. Nak main game? Jom main. Patut lah layan aku macam sampah,” tulisnya.

Selain itu, Syazwani turut berkongsi petikan mengenai balasan Tuhan terhadap mereka yang berlaku zalim atau menipu orang lain, yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Terdahulu, Syazwani pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pada awal September 2025. Bagaimanapun, keputusan pasangan ini berubah apabila mereka memutuskan untuk tidak meneruskan perceraian dan berusaha menyelamatkan perkahwinan.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish. Nama Faisal juga lebih dikenali dengan panggilan “Mickey” dalam kalangan peminat bola sepak.

Kredit: Instagram nrsyxzwnyy

 

 

[fbcomments]