Satu kebakaran besar yang berlaku di kawasan perumahan Wang Fuk Court, Tai Po, Hong Kong pada Rabu mengorbankan 44 nyawa dan meninggalkan 279 lagi dilaporkan hilang.
![]()
Tai Po Dilanda Kebakaran, 44 Maut dan Ratusan Masih Hilang
Difahamkan, insiden bermula pada pukul 2.51 petang sebelum api merebak dengan pantas, menghasilkan asap hitam tebal yang menutupi kawasan sekeliling.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba Hong Kong, Andy Yeung Yan-kin, api merebak melalui tujuh daripada lapan blok pangsapuri dan menelan perancah buluh, sekali gus menyukarkan usaha menyelamat.
![]()
![]()
Pasukan penyelamat hanya berjaya memasuki bangunan melalui tingkat bawah kerana kebanyakan tingkat masih diliputi api pada awal pagi Khamis. Terdapat 45 mangsa yang kini dirawat di hospital berada dalam keadaan serius.
Pihak bomba turut memaklumkan bahawa stirofoam yang digunakan dalam bangunan menyumbang kepada penyebaran api melalui koridor, sekali gus memburukkan keadaan.
Kredit: mStar