Isu yang melibatkan dua pempengaruh terkenal, Dr Malar Santhi dan Faiz Soul, mengenai kelayakan seseorang lepasan SPM dijemput merasmikan majlis di sekolah kini semakin mendapat perhatian.

Terbaru, Dr Malar tampil memuat naik video di Threads bagi memohon maaf kepada Faiz Soul selepas tegurannya sebelum ini menimbulkan pelbagai kecaman di kalangan netizen.

Video di bawah:

https://www.threads.com/@drmalarsanthi_celotehdrmalar/post/DSUu1B3EQgo?xmt=AQF03c_AYaoiiyhoxNdlf1ZwSlTM09EwoFwuMRXPVNeopUu_O16j23BGuwq9tgQO8z3qE7k&slof=1

Dr Malar Santhi Mohon Maaf Susulan Isu Teguran Terhadap Faiz Soul

Dalam video tersebut, Dr Malar mengakui kekhilafannya dan meminta maaf kepada semua pihak yang terasa dengan kenyataannya. Beliau turut memaparkan pandangan daripada pempengaruh lain, Cikgu Ayu, yang menegaskan bahawa jemputan Faiz Soul sepatutnya dilihat dari perspektif positif kerana ia dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk berjaya dalam bidang keusahawanan walaupun hanya berbekalkan sijil SPM.

Dr Malar mengakui kebenaran pandangan tersebut dan menekankan bahawa sesiapa sahaja yang dijemput ke sekolah boleh memberi inspirasi kepada pelajar, sama ada jurutera, pegawai polis atau anggota bomba, bagi membentuk cita-cita mereka pada masa hadapan.

Beliau menjelaskan bahawa berlaku salah faham berikutan penjelasan Faiz Soul bahawa majlis tersebut bukan semata-mata akademik, tetapi juga berfokus kepada keusahawanan. Dr Malar turut memohon maaf atas penggunaan emoji yang tidak sesuai dalam tegurannya sebelum ini, yang kemudiannya menimbulkan kritikan keterlaluan daripada pempengaruh lain.

“Saya terkhilaf dan sedia menerima kritikan. Kepada semua yang terasa, saya minta maaf. Kepada adik Faiz pun saya minta maaf. Namun, saya tetap berpegang bahawa figura yang dibawa masuk ke sekolah perlu memberi inspirasi yang tepat supaya lebih ramai anak-anak Malaysia terus melanjutkan pelajaran,” katanya.

Video permohonan maaf tersebut menerima pelbagai komen, dengan sebahagian besar menasihati Dr Malar supaya bersabar dan bertenang. Faiz Soul turut meninggalkan komen, meminta agar kedua-dua pihak melupakan isu yang menimbulkan ketegangan itu dan terus bergerak ke hadapan.

Kredit: Threads drmalarsanthi_

[fbcomments]