Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, tampil membuat pendedahan mendakwa barangan dari kediaman yang didiaminya bersama anak-anak telah dikeluarkan dan dibuang tanpa sebarang pemberitahuan kepadanya. Dakwaan itu dibuat ketika beliau sedang berada di luar negara.
![]()
Dr Afifah Dedah Barangan Rumah Dicampak Keluar Tanpa Makluman Ketika Berada Di Luar Negara
Perkara tersebut dikongsi Afifah menerusi satu hantaran di platform media sosial Threads, di mana beliau meluahkan rasa terkejut dan sedih apabila dimaklumkan barangan miliknya dipindahkan keluar dari rumah yang sedang didiami. Menurutnya, barangan berkenaan dipercayai diletakkan di hadapan rumah ibunya tanpa sebarang notis awal.
Afifah turut mendakwa situasi itu bukan kali pertama berlaku, malah menyifatkan tindakan berkenaan sebagai kejam memandangkan ia dilakukan tanpa pengetahuannya, sedangkan rumah tersebut didiami bersama anak-anak. Beliau juga mempersoalkan keselamatan barangan berharga miliknya termasuk wang dan emas, selain mendakwa kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan tidak berfungsi ketika kejadian berlaku.
![]()
Dalam hantaran sama, Dr Afifah berkongsi rakaman video memaparkan puluhan kotak yang dipercayai mengandungi barangan peribadinya, yang diletakkan di rumah ibu bapanya. Beliau meluahkan rasa simpati terhadap kedua-dua ibu bapanya yang terpaksa berdepan situasi tersebut tanpa sebarang makluman awal.
![]()
Untuk rekod, Nubhan, 39, dan Dr Afifah, 35, disahkan bercerai pada 2 Disember lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Pasangan itu hidup bersama selama 10 tahun dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.
Kredit: Threads drfietawfek