Sejak beberapa hari kebelakangan ini, nama Marissa Dania Hakim menjadi perhatian ramai selepas kemunculannya bersama suami, Ahmad Aslam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka.

Tampil menjernihkan keadaan, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu akhirnya bersuara menerusi hantaran di Insta Story.

Marissa Dania Minta Henti Spekulasi, Sahkan Proses Perpisahan Sedang Berjalan

Dalam perkongsian tersebut, Marissa meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang kesimpulan atau andaian sendiri kerana dia sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status perkahwinannya. Menurutnya, perbicaraan yang berlangsung tempoh hari telah ditangguhkan untuk sambung bicara memandangkan dia masih belum memberikan keterangannya.

Pada masa sama, Marissa memaklumkan bahawa dia dan Aslam kini sedang melalui proses perpisahan. Jelasnya, keputusan akhir berhubung pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah cerai.

Dia turut berharap agar selepas penjelasan itu, tiada lagi kenyataan daripada mana-mana pihak berkaitan isu rumah tangganya. Marissa juga memohon diberikan sedikit ruang selain meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi dan andaian mengenai hubungannya bersama Aslam.

Terdahulu, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk di hadapan Hakim Syarie, Nadia Khamis. Dalam prosiding berkenaan, Ammar memaklumkan bahawa Aslam pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah masing-masing pada September 2024 dan Jun 2025.

Bagaimanapun, difahamkan kedua-duanya kembali rujuk sebagai suami isteri dalam bulan yang sama bagi kedua-dua lafaz tersebut.

Sebelum ini, Aslam juga pernah memuat naik video penjelasan bahawa mereka telah menerima sijil pernikahan yang sah dan perkahwinan itu telah didaftarkan secara rasmi.

Untuk rekod, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan pada 10 Mac lalu. Pada Mei tahun lalu, pasangan itu turut hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Kredit: Instagram marissadania_

 

[fbcomments]