Dua remaja telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di kawasan Taman Universiti, Skudai pada Sabtu lalu.
Penahanan tersebut melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun dan seorang wanita berusia 19 tahun, yang ditangkap kira-kira jam 2.15 pagi pada Selasa oleh pihak polis.
![]()
Video di bawah:
https://x.com/kongsiviralje/status/2043635706699067691?s=20
Dua Remaja Ditahan Bantu Siasatan Kes Bayi Ditinggalkan di Taman Universiti
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha memaklumkan kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, selain keputusan ujian air kencing yang dijalankan juga didapati negatif. Mereka kini ditahan untuk membantu siasatan lanjut dan dijangka dibawa ke Mahkamah Johor Bahru bagi permohonan reman.
Menurut beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang atau menyembunyikan bayi dengan niat untuk meninggalkannya. Dalam masa sama, polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan sentiasa menghormati proses undang-undang.
![]()
Terdahulu, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan ditinggalkan di kawasan pekarangan sebuah surau di Taman Universiti, Skudai pada Sabtu lalu, sebelum siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis.
Kredit: Berita Harian