Pihak polis sedang giat mengesan seorang pemandu bas ekspres yang menjadi perhatian selepas rakaman video memaparkan tindakannya memandu secara berbahaya tular di media sosial.
@malaysiagazette Polis sedang memburu pemandu bas yang tular videonya memandu sebelah tangan dan didakwa dalam keadaan mabuk ketika perbuatannya itu dirakamkan lelaki dipercayai penumpang bas berkenaan. Video: Orang Awam #malaysiagazette #pemandubas
Dakwaan Mabuk, Pemandu Bas Ekspres Tular Sedang Dikesan Polis
Video berkenaan menunjukkan pemandu terbabit memandu pada waktu malam sambil bersandar ke belakang dan hanya menggunakan sebelah tangan untuk memegang stereng ketika bas sedang bergerak. Turut tersebar bersama rakaman tersebut adalah dakwaan bahawa lelaki berkenaan berada dalam keadaan mabuk serta memaki hamun penumpang selepas perbuatannya disedari.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan kini dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik selepas video berkenaan mula tular sekitar jam 1.05 tengah hari melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial.
Berdasarkan maklumat awal, bas ekspres bernombor pendaftaran BSB 4999 itu dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru, dengan lokasi kejadian dianggarkan sekitar Kilometer 196.1 arah selatan.
![]()
Beliau menegaskan bahawa tindakan memandu menggunakan sebelah tangan boleh menjejaskan kawalan kenderaan, mengganggu tumpuan serta membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.
Sehubungan itu, polis meminta pemandu terbabit tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah bagi membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurul Salina Rosli di talian 011-25435507 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kredit: Malaysia Gazette