Satu kejadian rompakan bersenjata berlaku di sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur, apabila sekumpulan lelaki melarikan sejumlah besar barang kemas dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
![]()
Kedai Emas Disamun, Suspek Bawa Lari 15kg Emas dan Senapang Pengawal
Dalam insiden kira-kira jam 11 pagi itu, empat suspek lelaki yang dipercayai bersenjatakan dua pistol bertindak melarikan 21 dulang emas dengan anggaran berat sekitar 15 kilogram, bernilai kira-kira RM9.7 juta.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus memaklumkan bahawa selain emas, suspek turut merampas sepucuk senapang patah milik pengawal keselamatan bersama sebutir peluru sebelum melarikan diri.
![]()
Pihak polis kini sedang giat mengesan kesemua suspek yang masih belum dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kredit: Harian Metro