Seorang ahli kepada sebuah kumpulan saluran YouTube popular tampil membuat permohonan maaf selepas kenyataannya sebelum ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Individu berkenaan, Muhammad Syahmie atau lebih dikenali sebagai Syahmie AI, sebelum ini menerima kritikan selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk kiasan yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW.

Syahmie AI Tampil Mohon Maaf, Akui Kesilapan Besar Dalam Ucapan

Kenyataan yang tular itu berbunyi bahawa “2026 saya menjangkakan, tiada lagi orang akan ingat pada Nabi”, yang kemudian mengundang reaksi negatif daripada orang ramai di media sosial. Susulan itu, Syahmie tampil menjelaskan serta mengakui bahawa kenyataan tersebut merupakan satu kesilapan besar sepanjang penglibatannya sebagai pembuat kandungan.

Dalam permohonan maaf yang dibuat, Syahmie memohon maaf kepada semua pihak yang terasa atau tersinggung dengan ucapannya sebelum ini. Dia turut mengakui bahawa apa yang diucapkannya adalah satu kesalahan dan tidak wajar diungkapkan sebagai seorang content creator.

Menurutnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan untuk menghina mana-mana pihak atau agama, sebaliknya hanya satu bentuk kiasan yang cuba disampaikan untuk mengingatkan masyarakat mengenai kepentingan mengingati agama Islam. Dia juga menegaskan bahawa dirinya tidak mempunyai niat untuk memperlekehkan atau mempersendakan agamanya sendiri.

Dalam masa sama, Syahmie turut berterima kasih kepada semua pihak yang menegur tindakannya dan menerima teguran tersebut secara terbuka. Dia berharap pengalaman ini menjadi pengajaran supaya lebih berhati-hati dalam setiap kandungan yang dihasilkan pada masa akan datang.

Kredit: Instagram mdsyhmie

[fbcomments]