Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri, kini meraikan kejayaan menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam satu majlis graduasi yang berlangsung di Royal Albert Hall, United Kingdom.

Majlis tersebut diadakan selepas beliau berjaya menamatkan pengajian di Imperial College London kira-kira setahun yang lalu.

Pengorbanan Seorang Ibu, Dr Amalina Tamat PhD di Imperial College London

Dalam masa sama, Dr Amalina turut berkongsi momen bermakna itu di media sosial apabila meluahkan perasaan penuh emosi khusus buat dua anak perempuannya, Arabella dan Aurora. Beliau menyatakan perjalanan untuk menamatkan PhD bukan sesuatu yang mudah kerana perlu mengimbangi pelbagai tanggungjawab serentak.

Menurutnya, sepanjang tempoh pengajian, beliau bukan sahaja memberi tumpuan kepada penulisan tesis dan latihan klinikal, malah turut melalui jadual kerja sebagai doktor yang padat termasuk syif on-call serta komitmen sebagai seorang ibu. Keadaan itu menyebabkan beliau perlu membuat pengorbanan masa bersama keluarga, walaupun hati lebih ingin sentiasa berada di sisi anak-anaknya.

Dr Amalina turut berharap suatu hari nanti, kedua-dua anaknya akan memahami usaha dan pengorbanan yang dilaluinya sepanjang menamatkan pengajian tersebut. Beliau menggambarkan pengalaman itu sebagai perjalanan yang penuh cabaran, namun sangat bermakna dalam kehidupan dan kerjayanya sebagai seorang doktor.

Kredit: Instagram dramalinabakri

[fbcomments]