Beberapa hari yang lepas, terjadinya satu kes dimana seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan menegur 2 orang lelaki warga Singapura yang mengisi minyak menggunakan tong besar.
Namun, difahamkan hari ini rider terbabit telah kehilangan kerja atas sebab memuatnaik video di laman TikTok miliknya secara melulu dan akaun grab yang dibuat telah disekat.
Selepas Video Jadi Viral, Rider Diberitahu Ada Orang Buat Laporan Tentangnya
“Selepas video ini viral di media sosial, Grab telah gantung pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab. Saya diberitahu akan dihubungi pihak atasan Grab dalam masa 24 jam”, jelas rider yang dikenali sebagai Matkibot itu.
Tambahannya lagi, dikatakan selepas 20 minit beliau dihubungi oleh pihak Grab dan diberitahu bahawa ada orang membuat laporan terhadapnya.
“Melaporkan saya mengeluarkan skru driver untuk melawan, CCTV ada, boleh la check”, katanya.

Tidak Dapat Mengambil Tempahan. Mendakwa Periuk Nasinya Dihalang Punca Dua Orang Warga Singapura Terbabit
“Saya dapat RM100, kena hantar RM50 untuk isi perut anak bini, begitulah kita di Malaysia, okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga begitulah nasib rakyat Malaysia,” jelasnya. Tambahnya lagi beliau tidak dapat mengambil tempahan semalam dan tidak tahu bila ia akan berakhir.
Netizen Akan Boikot Grab Jika Benar Rider Itu Hilang Kerja
Melihat komen-komen netizen di laman Twitter pula, mereka semua sepakat untuk memboikot dan uninstall aplikasi Grab jika dakwaan yang dibuat adalah benar.


Kredit: TikTok Matkibot