Sikap mulia sekumpulan gadis ini mendapat pujian netizen.
Ceritanya bermula dimana seorang gadis di Twitter dikenali sebagai Nafeesya ini berasa berbelah bahagi untuk membantu seorang pakcik tua ini, tetapi disebabkan rasa kasihan maka niat itu diteruskan juga.
Tinggal seorang diri dan ditipu
Kerana rasa kasihan dan teringatkan pada bapanya, tanpa berfikir panjang Nafeesya terus bersetuju untuk menghantar pakcik tersebut memandangkan katanya rumahnya tidak jauh dari situ.
Tambahnya lagi pakcik tersebut memberitahu mereka bahawa dia duduk seorang diri di kampung dan dia telah ditipu sehingga ditinggalkan dekat Ipoh seorang diri tanpa wang saku.
Anak2 tidak hiraukannya
Apabila ditanya serba sedikit tentang dirinya, rupa-rupanya pakcik tersebut mempunyai enam orang anak dan semuanya sudah tidak menghiraukan dirinya lagi.
Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila pakcik tersebut langsung tidak meminta duit daripada mereka kerana apa yang dia mahu hanyalah pulang ke rumah dengan selamat.
Bila ditanya lagi tentang sumber pendapatan untuk kelangsungan hidup, pakcik itu memberitahu bahawa dia sekadar meminta sedekah daripada orang awam.
Kiri kanan hutan tiada rumah
Setibanya di lokasi, mereka mendapati bahawa kiri kanan kawasan tersebut ialah hutan dan tidak menunjukkan sebarang tanda kawasan perumahan langsung.
Lebih menyedihkan apabila pakcik tersebut tidak henti mengucapkan terima kasih dan mendoakan mereka kerana sudi membantunya.