fbpx

Seperti sedia maklum, pelakon Aeril Zafrel baru sahaja bebas daripada pandemik Covid-19 baru-baru ini. Usai sahaja menjalani kuarantin kendiri dan didapati negatif, Aeril kembali bersama keluarganya dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Solat berjemaah bersama

Dalam salah satu posting terbarunya di Instagram, Aeril telah memuat naik satu video bersama isterinya seusai menunaikan solat secara berjemaah.

Namun,ada juga netizen yang tidak senang dengan perkongsian tersebut dan mempersoalkan Aeril yang seolah-olah menunjuk-nunjuk ketika beribadat.

Tak hanya berdiam diri, Aeril telah tampil membalas komen tersebut secara berseloroh dan menarik perhatian warganet sehingga mengumpul lebih daripada 10 ribu tanda suka di jawapan balas pelakon tersebut.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram suami kepada Wawa Zainal tersebut dengan menyokong kenyataan balas Aeril yang menghiburkan.

[fbcomments]