Prof. Dr. Ahmad Zahro, seorang tokoh dalam Ilmu Fiq’h di UIN Sunan Ampel Surabaya menyatakan bahawa sebarang penyakit mampu diubati dengan hanya menggunakan ruqyah, termasuklah wabak coronavirus.
Ahmad Zahro mengakui bahawa beliau percaya bahawa ruqyah lebih berkesan berbanding dengan perubatan moden. Beliau turut menggariskan bahawa seseorang itu perlu yakin dengan Allah dan tidak sombong mahupun takut.
Beliau juga menyatakan bahawa kehidupan yang berasaskan agama juga mampu untuk mencegah penularan wabak yang telah membunuh ratusan ribu orang.
Menurut Sindonews, Ahmad Zahro menyatakan bahawa wabak yang dilahirkan di Wuhan ini tidak akan merebak pada seorang muslim yang taat kepada Tuhan, sentiasa berzikir dan mengikut segala sunnah Nabi.
“Hampir semua penyakit terjadi kerana adanya syaitan, termasuk wabak corona. Ini dari sudut pandang spiritual, soal percaya atau tidak, itu tak menjadi masalah,” kata Zahro.
Tetapi tak semua menerima baik cadangan guru ini dan ada yang mempersoalkan kenyataan beliau sangat mengelirukan.
Tambahnya lagi, LGBT juga adalah satu penyakit dan ia mampu disembuhkan hanya dengan ruqyah.