Pelakon Aida Aris kini menjadi tumpuan selepas menerima kecaman netizen apabila dipercayai melakukan sesi siaran langsung berhampiran jenazah anak sulung pelakon Amyza Aznan, Allahyarham Andre Mikhail.

Netizen Tegur Aida Aris, Perkongsian Live Di Sisi Jenazah Dikhuatiri Kurang Sensitif

Rakaman video yang dikongsi semula di platform Thread memaparkan Aida berkongsi keadaan terkini sahabatnya yang sedang berduka, dengan tujuan memberi sokongan kepada Amyza. Dalam siaran itu, Aida dilaporkan berkata, “Amyza belum tidur tau, dia sampai sekarang tak tidur lagi. Kita bagi Kak Amyza tidur dengan arwah.”

Tindakan tersebut bagaimanapun mengundang kritikan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati jenazah dan keluarga Allahyarham. Di ruangan komen, wargamaya menasihati agar perkara sebegini tidak diulang dan berkongsi beberapa amalan sewajarnya ketika menziarahi orang yang telah meninggal dunia.

Andre Mikhail meninggal dunia selepas hampir setahun berjuang melawan kanser paru-paru dan berita pemergiannya dikongsikan sendiri oleh Amyza melalui Instagram Stories pada Isnin.

Sebelum ini, pada Februari tahun lalu, Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga, manakala setahun kemudian anak keduanya, Adrian Adam, 18, turut disahkan menghidap kanser tulang, sekali lagi mengejutkan ramai pihak.

Kredit: Threads kongsi.viral

[fbcomments]