Bekerja sebagai seorang yang menguruskan jenazah semestinya bukanlah suatu kerja yang mudah kerana disamping ia mengingatkan diri kepada kematian, ia juga menghantui diri seseorang jika tersilap bicara atau kelakuan.
Bukan itu sahaja, bahkan golongan-golongan yang menguruskan jenazah ini juga tidak terlepas dengan gangguan mistik seperti terkena badi mayat yang menyebabkan mereka ini biasanya hilang semangat, lesu dan kemurungan.
@rawatanarsyifalmustakim #rawatanarsyifa #rawatanarsyifabatupahat #makhlukhalus #anxiety #saka #ikhtiarmencarikesembuhan #fyp #fypシ
AJK Masjid Terkena Badi Mayat
Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh @rawatanarsyifalmustakim di laman TikTok, ia memaparkan seorang pengamal perubatan Islam sedang cuba ‘merawat’ sebuah van jenazah yang dikatakan sudah terkena badi mayat. Menurutnya, pengendali van jenazah tersebut sering terkena gangguan makhluk halus sehingga membuatkan individu tersebut sakit.
“Seorang ahli jawatankuasa masjid (AJK) masjid telah menerima van jenazah dan dia buat kerja macam biasa. Pandu van tersebut dan angkat jenazah ke tanah perkuburan. Tetapi pada malam harinya, tubuh AJK masjid ini akan rasa tak sedap semacam. Sejak itu, badannya selalu seram sejuk dan dia demam berminggu-minggu” jelas perawat Islam itu.
Baca Ayat-Ayat Sepatutnya Untuk Hapuskan Badi Mayat Yang Melekat
Menerusi video itu lagi, pengamal perubatan Islam tersebut dilihat membacakan ayat-ayat suci selain melakukan beberapa pergerakan tangan berhampiran van jenazah, dipercayai cuba untuk menghapuskan badi mayat yang melekat di van tersebut.
“Kalau kita fikirkan balik, ada sebab mengapa rumah kampung Melayu dahulu kebanyakannya tandas di luar”, ujar netizen.
Reaksi Warga Maya
Meninjau di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan badi mayat disamping netizen yang lebih pakar serta berpengalaman tentang hal ini tampil memberikan penjelasan.
“Badi mayat ni senang terjadi apabila kita balik daripada menguruskan jenazah tetapi tidak bersihkan diri dahulu. Kalau boleh sebelum masuk rumah, baca 3 Qul iaitu Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas untuk menghalang benda mengikut. Kemudian terus mandi. Kalau kita fikirkan balik, ada sebab mengapa rumah kampung Melayu dahulu kebanyakannya tandas di luar, untuk memudahkan kita bersihkan diri terus sebelum masuk ke dalam rumah.
“Lagi satu, ramai yang terlepas pandang. Kalau tengok jenazah, tengok daripada bahagian kaki dulu baru pergi ke muka. Jangan terus tengok muka jenazah, memang senang melekat badi tu”, jelas sebahagian dari penjelasan netizen.
Kredit: TikTok rawatanarsyifalmustakim