Semenjak PKP dilangsungkan, kebanyakan rakyat dilihat terjejas pendapatan kewangan mereka. Malah, ada yang terus terputus punca rezeki dan mengharapkan ihsan serta bantuan yang dihulurkan sahaja.
Tetapi, kebanyakan rakyat Malaysia dilihat tidak berputus asa, pelbagai jenis perniagaan sampingan dan juga menjalankan perkhidmatan runner di sekitar perumahan mereka.
Ada juga yang tak jujur di bulan mulia ni
Seorang pemuda yang menjalankan perkhidmatan runner berkongsikan sedikit kisah peritnya apabila dikatakan telah ditipu bulat-bulat oleh pelanggan.
Jadikan sebagai iktibar
“Cuma nak pesan pada runner or seller yg lain lepas nie , kalau bole deal la betol2. Jgn la jadi mcm sy , sy pun amek pengajaran ape yang jadi.”
Saya halalkan
“Akhir kata dari sy , untuk customer yg tipu sy. Sy tahu dia ada dlm group nie, sbb dia dpt pun mesti dri post sy yg sblom nie. Untuk akak yg tanpa nama tu , sy HALAL kan penat dan duit sy tu untuk akak sekeluarga , sebab makanan kan. Sy harap akak berubah , kot kalau xcukup duit , jgn la buat mcm nie. Insan yg teraniaya kalau dia xmemaafkan. Penat akak nak mencari dia nanti ☺️ “