Selepas bertahun-tahun hak dinafikan, akhirnya Kaum Muslim Rohingya berjaya mendapatkan keadilan selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), mengeluarkan amaran tegas kepada Myanmar untuk memberhentikan segala penindasan.
Hasil daripada keputusan mahkamah, menyatakan bukti bahawa ada unsur penindasan yang dilakukan Myanmar terhadap Muslim Rohingya.
Keadilan untuk segala penyiksaan
Antara penyeksaan yang diterima oleh Muslim Rohingya antaranya, pembunuhan beramai-ramai, rogol dan apa jua kekerasan seksual, kemusnahan kampung dan rumah, dan dinafikan hak untuk makan serta berlindung.
Keputusan tersebut berpihak kepada Rohingya, susulan daripada pengakuan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mengakui bahawa jenayah perang ‘mungkin telah dilakukan’ oleh pihak tentera pada 2017 selepas kerajaan menafikan kenyataan saksi
Kemenangan pertama buat Rohingya
Bagi, Ro Nay San Lwin, aktivis Rohingya Muslim berusia 42 tahun, kini dia sudah mampu menarik nafas lega selepas keputusan mahkamah berpihak kepada mereka dan menyifatkan ia adalah kemenangan pertama.
Kini sinar baru buat Muslim Rohingya, apabila Menteri Keadilan Gambia, Abubaccar Tambadou, bersama para hakim bersepakat memutuskan bahwa genoside tidak dapat ditolak ansur dan keperluan untuk Rohingya dilindungi adalah kemenangan untuk keadilan antarabangsa.
Myanmar perlu lindungi masyarakat Rohingya
Tetapi dalam keputusan sebulat suara oleh 17 panel hakim, mahkamah berkata etnik Rohingya menghadapi ancam berterusan dan Myanmar mesti bertindak untuk melindungi mereka
Myanmar mesti “mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk menghalang semua perbuatan” yang dilarang di bawah Konvensyen Genocide 1948, dan melaporkan semula dalam masa empat bulan, kata Hakim Abdulqawi Yusuf ketika membaca ringkasan penghakiman.
Katanya, Myanmar juga mesti menggunakan pengaruhnya terhadap kumpulan tentera dan kumpulan bersenjata yang lain untuk mengelakkan kekerasan terhadap Rohingya yang “bertujuan membawa kemusnahan fizikal secara keseluruhan atau sebahagiannya”.