Pada Sabtu, terjadinya satu tragedi perlanggaran antara sebuah bas henti-henti dan lori tangki di Bandar Chaah. Kejadian ini telah meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun akibat kecuaian pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat merah di kilometer 138.3, Jalan Johor Bahru-Seremban di Bandar Chaah, pagi semalam.

Pemandu Lori Langgar Lampu Merah Menjadi Punca Rempuhan Berlaku

Menurut sumber Harian Metro, kemalangan yang membabitkan lori tangki dipandu oleh seorang lelaki berusia 62 tahun itu telah merempuh sebuah bas henti-henti pada jam 7.30 pagi, semalam.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu lori tangki jenis Scania yang datang dari arah Segamat menghala ke Johor Bahru”, jelas Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pemandu lori tangki itu dipercayai gagal mematuhi isyarat lampu merah mengakibatkan berlaku rempuhan di bahagian sebelah kanan bas berkenaan yang sedang menghala keluar dari simpang empat di bandar Chaah. Dalam kemalangan itu, penumpang bas yang juga kanak-kanak lelaki dikenali Iswaran Muniandi, 10, maut akibat kecederaan di kepala,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, hari ini (semalam)”, katanya lagi.

Pemandu Lori Dan Penumpang Yang Lain Dikejarkan Ke Hospital

Menurut Ahmad Zamry Marinsah lagi, pemandu lori berkenaan turut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kini sedang menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Daerah Segamat (HDS)

“Pemandu bas berusia 59 tahun turut mengalami kecederaan parah di kepala dan badan serta dirawat di HDS bersama dua penumpang wanita berusia 23 dan 49 tahun,” katanya.

Ahmad Zamry memaklumkan lagi kedua-dua penumpang wanita itu patah kaki yang mana salah seorangnya adalah ibu kepada Iswaran. Kes ini juga akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]