Sifat seorang kanak-kanak tidak lari lagi dengan suka menyakat dan mengacau orang lain, namun ianya menjadi isu apabila dia sering berkelakuan nakal ketika di sekolah.

Baru-baru ini, seorang ibu bertindak membawa anaknya ke balai polis kerana mahu memberi pengajaran untuk sikapnya yang nakal itu.

Upah Sebab Selalu Kacau Orang Dekat Sekolah

Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh @NurdanNuh di laman TikTok, beliau telah membawa anaknya ke balai polis sebagai ‘upah’ kerana sering mengacau orang di sekolah.

“Upah kacau orang, ummi dah stress dah.. Hari ini cikgu Yan pindah sekolah lain. Kita bawa betul-betul. Seratus kali minta maaf tak nak buat lagi, tengok esok. Kalau buat lagi kita hantar balik”, kata ibu kepada budak tadika itu yang bertindak sedemikian untuk mengajar anaknya untuk tidak bersifat nakal dan degil lagi.

Polis Bagi Nasihat

Melihat di video tersebut, kelihatan seorang pegawai polis tampil untuk memberi nasihat kepada kanak-kanak tersebut. “Jadi budak baik, berdosa nanti masuk neraka tuhan marah”, ujar polis itu sambil ibunya merakam anaknya yang menangis teresak-esak ketakutan.

Netizen turut sokong dengan tindakan yang dibuat oleh wanita itu agar dapat memberi pengajaran yang setimpal.

Kredit: TikTok NurdanNuh

[fbcomments]