Usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mengaku dia masih beragama Islam meskipun sudah menukar jantinanya daripada lelaki kepada wanita.
Perkara itu dijelaskan dalam Instagram miliknya apabila salah seorang pengikutnya menasihati supaya dia tidak memainkan hukum agama.
“Apalah ko ni Jat. Buat main-main agama dan hukum. Bilalah Allah nak bagi hidayah kat kau. Jangan sampai Allah tak pandang ko Jat,” komen individu tersebut.
Perkara itu dianggap keterlaluan kerana Sajat yang secara fitrahnya seorang lelaki memakai pakaian menyerupai wanita dan dianggap memperolokkan agama.
Jangan kau mudah menghukum
Sajat yang mengenakan tudung sebagai penampilan sopan sempena Ramadan itu memberi komen balas yang berbunyi,
“Aku tetap Islam walaupun maknyah. Maknyah aku tak menduakan agamaku. Jangan kau mudah hukum siapalah aku..”kata Sajat.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata menyangka Sajat berbuat demikian demi mempromosi tudung yang dipakainya.


Tidak kurang juga yang mengatakan wajah Sajat seperti Rozita Che Wan.

Terdahulu, Sajat mendedahkan dia berjaya lolos ke Australia dan meninggalkan Malaysia untuk menetap di sana pada 18 Oktober lalu.
Pada 6 Januari lalu, Sajat dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.
Sumber: Instagram