Sebentar tadi, menerusi hantaran di laman Instagram seorang pelakon, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju telah mengejutkan peminat apabila dia mendakwa sudah bercerai.
Terima kasih pada suami
Dalam masa yang sama, Anju turut menyifatkan hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupnya kerana telah bercerai dan turut memanjatkan rasa syukur serta berterima kasih kepada suaminya yang dikenali sebagai Yas.
Terdahulu, Anju telah berkahwin dengan Eiylas Azhar sekitar awal Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.