fbpx

Lagi kes seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya yang diletakkan di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang di Sungai Petani, petang semalam.

Kejadian disedari oleh bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ingin pulang ke rumah pada 6.20 petang.

10 jam di dalam kereta

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mangsa dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.

Sebelum itu bapa mangsa menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.

Bapa mangsa terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.

Mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja.

Menurut laporan lagi, selepas sampai di tempat kerja, bapa mangsa keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan.

[fbcomments]