Anak kepada pelakon tanah air, Erra Fazira iaitu Engku Aleesya muncul dengan pencapaian terbaharu apabila berjaya menerbitkan sebuah buku kanak-kanak berbahasa Inggeris.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DRHXVLBkkoi/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Erra Fazira Bangga Anak Terbit Buku Inggeris Pertama
Perkembangan itu dikongsikan Erra melalui satu hantaran video di Instagram, sekali gus menarik perhatian ramai apabila beliau meluahkan rasa bangga terhadap usaha serta bakat anaknya yang baru berusia 16 tahun. Erra turut menyeru peminat supaya memberikan sokongan kepada karya sulung Aleesya, sambil menitipkan kata semangat yang menggambarkan keyakinannya terhadap potensi puterinya itu.
“Saya sangat bangga dengan kamu, anak. Ini baru permulaan dan saya tahu kamu akan lakukan yang terbaik!
“Korang jom sama-sama sokong anakanda Aleesya, okey? Sokongan anda amat bermakna buat kami sekeluarga,” tulisnya.
![]()
Dalam masa sama, bekas suami Erra, Engku Emran Engku Zainal Abidin, berkongsi pandangan mengenai perjalanan mereka membesarkan Aleesya sejak berpisah pada Februari 2014. Emran menyifatkan pengalaman membesarkan anak tunggal mereka sebagai sebuah perjalanan penuh suka duka, namun bersyukur kerana Aleesya tetap membesar dengan baik meskipun berada di bawah perhatian umum.
Katanya, sepanjang tempoh 11 tahun itu, mereka berjaya mengetepikan perbezaan demi memastikan Aleesya menerima kasih sayang, perlindungan dan keperluan yang sewajarnya daripada kedua-dua pihak.
![]()
Sebelum ini, Aleesya turut mencuri perhatian selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam IGCSE dengan gred A+ bagi subjek First English Language, Matematik dan Fizik, selain A untuk Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi. Untuk rekod, Erra dan Emran mendirikan rumah tangga pada 5 Oktober 2007 sebelum berpisah pada Februari 2014.
Kredit: Instagram errafazira