fbpx

Jika baru-baru ni tular seorang doktor di hospital kerajaan telah menengking pesakit, tapi semalam lain pula ceritanya.

Seorang kakitangan hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah meraih pujian ramai setelah sanggup berlari-lari untuk mendapatkan pesakit yang tertinggal kad rawatan.

Cerita ini telah dikongsikan oleh aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang di laman Facebook miliknya yang kagum dengan pemuda melayu bernama Zahiruddin itu.

ANAK MELAYU INI KEJAR 2 APEK CINA….. HEBAT ANAK MELAYU INI……Dia Melayu… itu 2 apek Cina…. saya sangat…

Posted by Kuan Chee Heng on Rabu, 19 Februari 2020

Sanggup berlari kejar pesakit

Menurut Uncle Kentang, dia nampak sendiri staff tersebut berlari turun dari wad kejar 2 orang warga emas berbangsa cina kerana warga emas tersebut tertinggal kad temu janji.

Malah pemuda tersebut siap terangkan keadaan pesakit, ubat dan tarikh temu janji berikutnya. Walau pun warga emas tersebut tak berapa faham tapi pemuda ini tetap bersabar dan terangkan lagi sehingga kedua-dua warga emas tu faham.

Sedikit pun tidak marah

Mulia sungguh hati staff hospital ini kerana tidak sedikit pun dia meninggikan suara kepada pesakit walaupun ditanya soalan berulang-ulang kali.

Setiap persoalan dijawab dengan tertib dan perlahan-lahan.

“Steady kau anak melayu” – Uncle Kentang

Merakam gambar tanpa kebenaran

Walau bagaimanapun, Uncle Kentang memohon maaf kerana merakam gambar pemuda tersebut tanpa kebenaran dan mencadangkan supaya pihak HKL memberi penghargaan kepada staffnya yang bernama Zahiruddin ini.

[fbcomments]