Pemakaian pelitup mulut adalah satu kewajipan tiap kali berada di tempat sesak dan juga ramai orang.

Hal ini susulan daripada peningkatan semula kes positif pendemik Covid-19. Susulan daripada itu, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan dan mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 kepada mereka yang ingkar.

Tidak wajar terus kenakan kompaun

Namun ramai juga yang berpendapat tindakan pihak berkuasa ada ini tidak wajar terus mengenakan kompaun kepada mereka yang masih memakai pelitup mulut namun membuka sedikit bagi bernafas dengan lebih selesa.

Hal ini tular di Twitter selepas satu rakaman yang menunjukkan seorang remaja menangis selepas dikenakan kompaun hanya kerana meletakkan sekejap pelitup mulut di bawah hidung.

Hal ini turut mendapat perhatian dari Syed Saddiq

Kenamaan tidak dikenakan tindakan

Disebabkan itu, warganet mulai menzahirkan rasa kurang senang dengan perkara tersebut kerana mereka mendakwa ada juga orang kenamaan yang tidak mengikut arahan yang dikeluarkan namun tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Mereka memohon agar pihak berkenaan berlaku adil dalam mengenakan kompaun dan mempunyai sedikit budi bicara dalam menangani masalah ini kerana semua pihak sedang sama-sama mengharungi pendemik yang berlaku.

[fbcomments]