fbpx

Seorang aktivis Afrika Selatan yang juga anak pendakwah Islam terkenal meninggal dunia selepas 3 hari bertarung nyawa akibat ditembak di kepala.

Yousuf Deedat, 65, anak lelaki kepada arwah Sheikh Ahmed Deedat, ditembak di kepala ketika berjalan ke mahkamah keluarga Verulam di pinggir bandar Durban bersama isterinya pada Rabu lepas.

Selepas ditembak, mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan perubatan, manakala suspek melarikan diri ke sebuah kereta kemudian hilang tanpa jejak.

Beliau menghembuskan nafas terakirnya di Hospital St. Anne di Pietemaritzburg pada Jumaat, 2.40 pagi waktu tempatan.

Terkenal dengan sikap suka membantu

Pengerusi masjid tempatan, Azad Seedat, memberitahu ketika arwah hidup, dia dikenali sebagai seorang suka membantu dan tidak pernah bermusuh dengan sesiap.

Dia baik dengan semua orang. Dia sering menziarahi masjid kami dan memberi sokongan apabila kami memerlukan, kami terkejut dengan berita ini…

Tuntut bela kematian Yousuf Deedat

Ulama Amerika, Yasir Qadhi, menggesa agar kematian Yousuf Deedat dituntut bela dan mendapat keadilan yang sewajarnya.

Saya menggesa pihak berkuasa Afrika Selatan mencari pembunuh yang melakukan perbuatan kejam ini dan menegakkan keadilan…

[fbcomments]