Anak Rita Rudaini, Airit Rayyan dikejarkan ke hospital baru-baru ini apabila telah mengalami kecederaan sewaktu bermain bola sepak.
Menurut Rita dalam perkongsian di Instagram, anak sulungnya mengalami patah pada bahagian tangan kanan hingga perlu menjalani pembedahan.
“Main bola kena tackle, patah tangan. InsyaAllah boleh main lagi sebab bukan patah kaki.”
Mommy pun pernah..
Rita sempat bergurau dengan anaknya bahawa dirinya juga pernah mengalami kecederaan patah seperti Rayyan tetapi patah yang dialaminya berbeza iaitu patah hati.
Rita juga memaklumkan kepada anaknya yang pak ciknya juga pernah dibentes ketika bermain bola sepak, tetapi tidak sehingga patah tangan. Rayyan kagum akan perkara itu dan bertanya bagaimana mereka melakukan perkara tersebut tetapi diminta untuk berjumpa dan bertanya perkara itu sendiri.
Emosi berkecamuk kerana patah tangan
Disebabkan insiden tersebut, anaknya mengalami emosi yang tidak tentu. Sedikit sebanyak dia berasa down dan tertekan kerana tidak dapat menggunakan tangannya seperti biasa disamping sukar untuk bergerak.
“Rayyan kadang-kadang down. Emosi tak tentu juga. Kadang dia okay cakap banyak, kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan saja boleh guna.”
“Susah untuk dia bergerak. Insya Allah Mummy selalu doa semoga dipermudahkan,“tambahnya.
Kejadian tersebut difahamkan berlaku pada minggu lepas, sekitar hari kedua sekolah selepas naik cuti raya.

Sekadar info, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 dan mereka bercerai pada September 2013. Hasi perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin,14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12.