Ular adalah antara haiwan yang digeruni oleh kebanyakan manusia kerana ia merupakan haiwan yang berbisa dan berbahaya. Silap-silap boleh melayang nyawa tu dibuatnya.
Malah, baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi kisah anaknya yang dipatuk ular ketika sedang berbasikal di luar rumah mereka di Gelang Patah, Johor.

Ingatkan dia jatuh
Menurut ibu tersebut, kejadian berlaku terhadap anaknya, Sumayyah yang baru sahaja berusia tiga tahun.
Pagi tadi, lepas sarapan, dia nak keluar rumah main basikal. Keluar sorang-sorang. 10 minit lepas tu dia cakap sakit kaki. Ingatkan dia jatuh atau seliuh biasa.
Bawak dia masuk nak mandi. Lepas mandi rasa macam tak sedap hati, keluar tengok kat basikal, ada kepala ular keluar kat penutup rantai basikal dia.

Ular kapak bakau
Menurut ibu kanak-kanak tersebut, dia segera melibas ular berkenaan menggunakan kayu sehingga mati dan terus menghubungi suaminya di tempat kerja sebelum bergegas ke hospital.
Difahamkan lagi, spesies ular yang mematuk anaknya itu adalah ular kapak bakau.



Bisa tak merebak ke atas
Selepas mendapatkan rawatan di hospital, keputusan ujian darah Sumayyah didapati negatif.
Keputusan darah paling terbaru jam 8 pm tadi. Alhamdulillah negatif, bisa tak merebak ke atas, tapi bisa kumpul turun ke tapak kaki.
Kakinya bengkak sampai lutut. 6 jam sekali ambil darah buat ujian nak periksa takut darah ada bisa atau ada darah beku. Selagi bengkak tak surut, pakar akan terus buat susulan.

