Heboh di media sosial apabila anak perempuan kepada Ustaz Derry Sulaiman, Alyssa Spicha telah menimbulkan kontroversi dengan berpakaian tidak sopan dan sengaja menayangkannya di platform sosial media untuk tatapan ramai.

Memakai Lingerie seksi sambutan Hallowwen

Sebagai anak perempuan seorang ustaz, Alyssa kelihatan seksi menyambut hari Halloween bersama teman lelakinya yang merupakan seorang warga asing.

Malah dalam posting ini, Alyssa juga dilihat tidak teragak-agak untuk mencium leher kekasihnya.

Foto seksi dan keakraban Alyssa dengan teman lelakinya itu teruk mendapat kritikan dan kecaman dari netizen. Sebilangan besar netizen mengatakan bahawa mereka kecewa dengan tingkah laku Alyssa yang merupakan anak kepada seorang ustaz.

Kasihan abi dan ibumu alyssa, beliau banyak memberi safaat dan kebaikan untuk orang lain tapi tidak untuk anaknya. Semoga kau mendapatkan hidayah dari Allah. Amin.

Untuk pengetahuan, sebelum berhijrah Ustadz Derry Sulaiman dikenali sebagai pemuzik dari kumpulan band metal, Bretayer.

[fbcomments]