fbpx

Anak kepada jurulatih dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin iaitu Zahirah Aisyah membuat pendedahan yang bapanya telah menceraikan isteri muda, Fyna Jebat yang juga merupakan seorang penyanyi.

Aisyah meninggalkan komen di Instagram @aleale.dr apabila akaun tersebut memuat naik semula berita pendamaian antara Fyna dan juga ibuya.

Zahirah Aisyah mempersoal tindakan pihak tersebut memuat naik semula artikel tersebut. Dia juga memaklumkan perkara tersebut tidak benar dan bapanya telah pun menceraikan Fyna Jebat.

“Kenapa perlu post balik cerita empat bulan yang lepas? Dan, ibu saya tidak berdamai dengan sesiapa dan cerita ini tidak benar,”tegasnya.

Cats 41

Menurutnya dalam hantaran Facebook yang telah dipadamkan, Aisyah menganggap perkara itu seabagai ujian daripada Allah untuk dijadikan pengajaran. Dia juga berharap agar rumah tangga ibu bapanya menjadi semakin erat dan bertambah dengan kasih sayang.

Namun begitu, sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut masih menjadi tanda tanya.

Terdahulu, Zalina dan Fyna pernah terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam, sekitar Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut selain memaklumkan kedua-dua pihak telah tamoil membuat laporan polis.

Sumber: Instagram

[fbcomments]