fbpx

Aplikasi Tik-Tok kini menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat, baik orang awam mahupun anggota keselamatan negara ini.

Dalam keterujaan tersebut, PDRM mengingatkan warganya agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan media sosial dengan berpakaian seragam.

Tindakan tatatertib akan diambil

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, tindakan tata tertib akan diambil terhadap mana-mana warga polis yang menyalahgunakan media sosial seperti TikTok.

Pakaian seragam adalah kebanggan institusi dan keutuhannya perlu dipertahankan. Sepatutnya ia perlu digunakan sebaik mungkin sebagaimana peraturan yang ditetapkan.

Memburukkan imej pasukan

Ketua Polis Negara (KPN) sekali lagi menegaskan beliau memberi perhatian serius terhadap mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan aksi-aksi tarian atau lain-lain dalam aplikasi TikTok atau mana-mana aplikasi media sosial terkini.

Polis viral kat tiktok ! Kalau admin kena tahan pon sanggup ni. 😍🤪

Posted by kini.viral on Rabu, 24 Jun 2020

Kerana ia boleh memburukkan imej pasukan.

Selain itu tegas beliau lagi, aksi-aksi itu juga tidak sopan.

Setiap persembahan yang menggunakan uniform polis bagi tujuan persembahan pentas atau tontotan umum mestilah mendapat kelulusan pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu dan bukan dengan tujuan peribadi.

Saya akan memberi perhatian serius mengenai perkara ini.

[fbcomments]