fbpx

Seorang anggota polis maut dan rakan setugasnya pula cedera selepas kenderaan peronda (MPV) dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru.

Mengejar suspek yang menaiki Myvi

Menurut laporan akhbar, kedua-dua anggota itu sedang mengejar sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki.

Sejurus sampai di lokasi kejadian, kenderaan MPV telah bergesel dengan kereta suspek sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz sehingga menyebabkan kereta polis itu terbalik.

Akibat kemalangan itu, penumpang kenderaan peronda MPV PDRM maut di lokasi kejadian, manakala pemandunya cedera.

Pemandu & penumpang Aruz turut cedera

Difahamkan pemandu dan seorang penumpang kenderaan Perodua Aruz turut alami kecederaan.

Mayat anggota polis yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail.

Pemergian anggota polis berpangkat konstabel itu mengundang kesedihan rakan setugas yang lain.

[fbcomments]