fbpx

Sebanyak 130 kes baru positif Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengahari ini menjadikan jumlah kes kumulatif di Malaysia meningkat kepada 1,030.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi kenyataan di laman Twitter menyatakan, daripada 130 kes baru itu, sebanyak 48 kes berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Manakala 12 lagi kes telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan telah sembuh adalah 87 kes. Sebanyak 26 pesakit masih dirawat dalam wad unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan bantuan pernafasan.

[fbcomments]