Gara-gara tidak mahu memberi wang untuk membeli dadah, seorang anak tergamak memukul dan memijak muka ibunya di Kampung Gual Jedok, Tanah Merah Kelantan.

Menurut laporan Harian Metro, suspek merupakan bekas anggota tentera berusia 32 tahun yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya(OKU) mental. Suspek tinggal berdua dengan mangsa yang berusia 65 tahun.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata,

“Kejadian berpunca selepas suspek marah apabila ibunya tidak memberikan wang yang diminta sebanyak RM20 untuk membeli dadah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes tersebut diketahui selepas abang suspek menerima rakaman dari abang iparnya ja 2.30 petang kelmarin sebelum tampil membuat laporan pada 5.08 petang hari yang sama.

Tangkap layar seorang bekas tentera memukul ibu kandungnya

“Melihat rakaman video itu, abang suspek membuat laporan polis. Dia bimbang berikutan suspek tinggal berdua dengan ibunya. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah di mana suspek disyaki bertindak memijak muka dan memukul ibunya.

Suspek telah berjaya ditangkap dan akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT).

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine serta mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Mohd Haki berkata, akibat dadah, anak kandung boleh melupakan ibunya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang.

Sumber: Harian Metro

[fbcomments]