Pelakon Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju mengesahkan bahawa dia sudah pun bercerai dengan suaminya, Yas.

Menurut Anju,punca penceraian mereka adalah kerana dia berasakan sudah tidak sehaluan dan keputusan itu juga merupakan pilihannya sendiri.
Dia juga turut menegaskan bahawa tiada sebarang perkara buruk terjadi antara mereka. Malah penceraian ini adalah yang terbaik buatnya.
Saya rasa kami tidak lagi sehaluan dan ianya merupakan pilihan saya.
Dalam masa yang sama, Anju turut menjelaskan perancangannya untuk menumpukan kerja dan kelurganya.
Saya ini adalah yang terbaik untuk saya. Saya nak fokus kerja, anak dan keluarga. Saya nak luangkan masa dengan keluarga dan gunakan masa ini untuk lebih rapat dengan mereka.