Kecoh apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan berhubung ada segelintir artis dan instafamous yang terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan dek mampu tampil mewah dalam sekelip mata sahaja.
Berteka-teki dan membuat spekulasi
Selepas kenyataan itu dikeluarkan, para netizen sudah mula berteka-teki di media sosial mengenai nama artis dan instafamous yang mereka anggap mempunyai ciri-ciri yang dimaksudkan.
Malah para netizen juga ada menyenaraikan beberapa orang pelakon popular yang dikatakan sering kali mendedahkan kemewahannya pada umum.


Dibayar Hingga RM40,000
Pendedahan tersebut dibuat sendiri oleh SPRM yang mana menyatakan ada diantara mereka dibayar RM20,000 hingga RM40,000 untuk perkhidmatan satu malam bagi golongan VIP. Fuhhh mana tak kayoo!
Difahamkan sindiket ini dipercayai telah lama berlaku dan ianya diketahui oleh SPRM selepas salah seorang suspek yang ditahan dalam sindiket Macau Scam, menjadi orang tengah di antara selebriti dan golongan VIP.

Isu skandal seks ini muncul rentetan daripada timbulnya kes Macau Scam yang mengejutkan negara baru-baru ini yang mana ia turut melibatkan golongan artis tanah air.
Kita tidak menyebut siapakah individu-individu terbabit, tetapi siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya.
Seniman turut percaya ada golongan artis jadi pelacur atasan
Dalam masa yang sama, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) juga tidak menolak dakwaan kewujudan selebriti terbabit dalam sindiket itu.
Namun bagaimanapun Zed Zaidi berkata, ia hanya membabitkan segelintir kecil selebriti yang mencari kemewahan secara mudah.
Apa yang kita bimbangkan adalah hanya disebabkan segelintir selebriti, ia boleh mencemarkan imej industri hiburan tanah air.
Dengan peluang kerja yang terhad dan krisis pandemik COVID-19 secara tidak langsung ini turut membuatkan mereka terjebak dengan kegiatan negatif itu.
Pantau kehidupan para artis

Dalam pada itu, pihak SPRM kini sedang memantau media sosial para artis dan Instafamous yang mempamerkan kemewahan hidup berlebih-lebihan sedangkan pendapatan sebenar melalui hasil lakonan, nyanyian dan perniagaan tidak seberapa.
Bagaimanapun senarai nama selebriti dan instafamous yang terbabit tidak dapat didedahkan kepada umum dan SPRM hanya menegaskan, siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya. Fuhh berteka teki!