Kecoh di sosial media baru-baru ini dimana netizen mengatakan bahawa pengasas Hot Burger Malaysia Asri Janggut tu pun sebenarnya mempunyai rekod jenayah kekerasan, memukul isteri dan menyeleweng wang syarikat.
Asri Janggut mempunyai rekod jenayah
Menurut Asri, kejadian itu berlaku ketika dia masih muda dan sebelum mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Beginilah. Itu berlaku semasa (saya) zaman jahiliah. Masa zaman muda saya. Sebelum saya diberi hidayah oleh Allah SWT.
Perkara itu adalah (hal) domestik antara saya dan isteri (sekarang bekas isteri). Masa itu berlaku krisis rumah tangga. Isteri saya masa itu buat laporan (polis) dalam keadaan tertekan dan apa yang berlaku sebenarnya kisah lama.
Tak pernah naik mahkamah, tak pernah didakwa. Cuma sekadar laporan, tiada pendakwaan. Kes itu tahun 2012. Lama dah, bercerai pun pada penghujung tahun itu. Masa itu zaman jahiliah, zaman nakal saya.
Bercerai secara baik
Jelas Asri lagi, mereka bercerai secara baik dan tiada masalah termasuk penjagaan seorang cahaya mata hasil perkahwinan yang sudah terputus di tengah jalan itu.
Isu penyelewengan duit
Mengulas mengenai dakwaan menyeleweng wang syarikat, Mohd Asri berkata:
Dahulu syarikat dijalankan berniaga burger juga, cuma saya letak nama isteri. Duit kami suami isteri, tetapi bila bergaduh dan berlaku krisis, diorang tak benarkan saya ambil duit. isteri saya marah. memang nampak seleweng.
Mungkin laporan ditulis dalam keadaan marah, selepas kami bergaduh. dia buat laporan, tetapi selepas itu kami berdamai dan tiada isu.