fbpx

Ketika dunia kini cemas dan berjaga-jaga dalam mengekang penularan wabak koronavirus (COVID-19), dilaporkan bakal berlaku kejadian lebih dahsyat yang mungkin menyebabkan kemusnahan dalam skala besar.

Asteroid tu lebih tinggi daripada Burj Khalifa

Bumi dipercayai akan berselisih dengan sebuah asteroid gergasi pada Sabtu, sekitar jam 7.05 pagi waktu Malaysia, lapor portal Herald.

Saiz asteroid itu difahamkan lebih besar daripada bangunan tertinggi di muka bumi ini iaitu Burj Khalifa.

Asteroid pembunuh

Asteroid itu dikatakan bergerak pada kelajuan 34,000 batu sejam dengan jarak paling hampir dari bumi sejauh 15 kali jarak bumi dengan bulan.

Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mengklasifikasikan “asteroid pembunuh” itu sebagai Asteroid Yang Berpotensi Menyebabkan Bahaya (PHA).

Berukuran diameter 990 meter, pelanggaran dengan asteroid itu pastinya menyebabkan bencana besar dan seterusnya kepupusan.

Berada terlalu hampir

Namun menurut NASA, asteroid itu dijangka berselisih dengan bumi dengan jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi. Ia memang berada hampir dengan bumi, tetapi tidak akan menghentam bumi.

“Tiada bahaya. Kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya,” kata pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas kepada Herald.

Dijangkakan juga ‘pertembungan’ asteroid paling hampir seterusnya akan berlaku pada Jumaat, 13 April 2029 apabila asteroid Apophas menghampiri bumi.


[fbcomments]