fbpx

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan beberapa orang anggota polis menemui seorang lelaki warga emas yang sudah uzur duduk di tepi jalan.

Berdasarkan apa yang dilaporkan, pihak polis mendapat maklumat daripada seorang pengusaha bengkel motorsikal yang secara kebetulan terserempak dengan warga emas itu.

Kena dukung sebab lemah sangat dah lama tak makan

Menerusi video yang berdurasi 5 minit 5 saat itu, dapat kita perhatikan warga emas itu terpaksa dipapah untuk bangun oleh anggota polis kerana kelihatan begitu lemah sekali.

Warga emas itu turut memberitahu sudah beberapa hari tidak menjamah makanan berikutan sudah tiada bekalan makanan di rumah membuatkan dia menggagahkan diri keluar mencari makanan.

Duduk berseorangan di rumah usang

Pengusaha bengkel yang simpati melihat nasib warga emas itu segera pergi membelikan makanan, dan meminta bantuan pihak polis untuk membantunya.

Difahamkan, warga emas itu telah dihantar semula ke rumahnya di tepi jalan Kuala Kechau, Kuala Lipis, Pahang, berserta dengan bekalan makanan. Anda boleh lihat keadaan rumah warga emas itu yang serba kekurangan.

Meninggal dunia

Dalam perkembangan terbaru, menurut pengusaha bengkel tersebut menerusi Facebooknya, warga emas yang berbangsa Cina itu dimaklumkan telah pun meninggal dunia.

Semoga uncle tenang disana…..😭😭#yghiduppastiakanmerasaimati

Posted by Che Amierus Shafiq on Isnin, 13 April 2020

Terima kasih abang polis dan abang bengkel yang telah membantu!

[fbcomments]