Seorang peniaga ikan dari Ah New Fisheries menarik perhatian netizen apabila videonya tular di TikTok kerana gelagatnya yang bersungguh-sungguh ketika membuat pengumuman kepada pelanggan di pasar.
@ah.new.fishery.sd
Bekalan Terhad Menjelang Ramadan & Tahun Baru Cina, Peniaga Ikan Beri Amaran Awal
Dalam rakaman tersebut, peniaga dikenali sebagai Ah New dilihat memegang pembesar suara sambil menasihati pelanggan beragama Islam supaya membuat persiapan awal untuk menyambut bulan Ramadan. Beliau memberi amaran bahawa pada minggu hadapan, bekalan barangan seperti sayur, ayam, dan ikan mungkin terhad atau sukar diperoleh kerana kekangan logistik.
“Jangan tunggu minggu depan baru beli barang untuk puasa. Minggu ini kena settle!” katanya dengan penuh semangat.
![]()
Apa yang mencuri perhatian ramai ialah cara Ah New menyampaikan pesanan itu dengan nada yang bersahaja tetapi penuh prihatin. Sikapnya menunjukkan bahawa beliau memahami rutin pelanggan Melayu dan ingin memastikan mereka tidak menghadapi kesukaran membeli keperluan dapur pada saat akhir.
Tindakan ini juga menonjolkan hubungan akrab antara peniaga dan pelanggan di Malaysia tanpa mengira bangsa. Ramai netizen memuji keprihatinan Ah New, menyifatkan tindakannya sebagai “comel” dan sangat membantu orang ramai merancang pembelian mereka menjelang Ramadan.
![]()
Kredit: TikTok ah.new.fishery.sd