Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius perbuatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa melanggar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki, 7 Julai lalu.

Justeru itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang.
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali.
“Ayah aku meninggal, aku tak dapat balik..”
Perbuatan menteri itu telah mengundang kecaman dan kemarahan rakyat Malaysia sehingga lelaki ini membuat laporan polis terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu.
Aku pun pernah buat swab test mmg ada KKM bg surat wajib kuarantin 14 hari di rumah walaupun result ko negatif…Ayah aku meninggal dunia time aku kuarantin tu tp aku x dpt balik tgk arwah pun..

Tidak adil
Pemuda yang dikenali sebagai Mohd Aslam ini menzahirkan rasa terkilannya dengan tindakan ‘sembrono’ menteri yang melanggar SOP. Ini kerana Aslam sendiri menjalani kurarantin mandatori 14 hari walaupun keputusan ujian itu negatif.
Tak adil kalau menteri ini tak dikenakan sebarang tindakan
Buat laporan polis
Dalam laporan polis, Aslam menulis:
Sebagai warganegara Malaysia, saya telah mengikuti masa perintah mandatori kurarantin dan sangat merasakan bahawa pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap menteri demi kesihatan awam dan untuk membantu barisan hadapan dalam pertempuran mereka melawan virus Covid-19.
Malah, Aslam juga merujuk pemilik Nasi Kandar dalam kluster Sivagangga dan kejadian ‘Mak Cik gelang pink’ di mana kedua-duanya pada mulanya diuji negatif tetapi ujian kedua mendapati mereka membawa virus.
