Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham mengambil keputusan untuk menutup perniagaannya iaitu sebuat kafe di kawasan Setapak, Kuala Lumpur kerana gangguan sihir.
Perniagaan yang dimulakan sejak pertengahan tahun 2020 itu mendapat sambutan yang bagus namun lima bulan kemudian terjadi perkara misteri.
Pelanggan tak nampak kedai, Nasi cepat basi
Ayie memaklumkan pelanggannya tidak nampak kafe dan kedai sekaan-akan tutup meskipun berniaga seperti biasa. Perkara yang lebih membingungkan ialah nasi dimasak menjadi basi dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Ayie pergi mendapatkan pencerahan dari seorang ustaz dan dimaklumkan kafenya terkena gangguan sihir. Namun, identiti pelaku masih tidak diketahui.
“Ustaz enggan dedahkan identiti individu yang lakukan perbuatan khianat. Sebaliknya, mengatakan sihir dihantar oleh individu tidak senang melihat kejayaan kafe dan kebahagiaan saya,”katanya.
Berubat berulang kali tetapi masih sama
Ayie memaklumkan telah berubat sebanyak 10 kali, tetapi gangguan sama masih datang berulang kali.
Selain gangguan sihir, kafenya juga berdepan isu pecah amanah yang membabitkan juruwangnya yang melarikan duit sebanyak RM13,000.
“Juruwang songlap duit sebanyak Rm13,000. Dia buat kerja secara senyap.”
“Patutlah saya rasa ada sesuatu tidak kena dengan hasil jualan. Meskipun ramai pelanggan dan menjangkakan keuntungan antara RM1,000 hingga RM2,000 satu malam, namun jumlah diberikan hanya RM500.
“Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar selepas saya memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di kafe.
“Disebabkan serabut dengan isu gangguan sihir dan wang kedai lesap, saya memutuskan untuk menutup perniagaan,” jelasnya.
Ayie ada membuat laporan polis tetapi memutuskan untuk menyelesaikan masalah tersebut secara bersemuka. Dia berasa kasihan kepada pekerjanya itu dan tidak ingin juruwangnya dipenjarakan.
“Alhamdulillah, juruwang memulangkan wang yang dicuri selepas berbincang,”katanya.
Sumber: Xtra