Berhubung situasi politik semasa yang ‘hangat’ sekarang ni, ada media melaporkan Datuk Seri Azalina Othman Said akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Azalina yang juga Ahli Parlimen Pangerang menjadi antara 11 pemimpin UMNO yang hadir dalam sidang akhbar bersama Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengambil keputusan berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini kerana mereka mendakwa pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal di mata rakyat selain tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


[fbcomments]